By "friend of mine"
Pada minggu lepas, saya sempat singgah ke Jalan Pasar yang
terletak di Pudu, Kuala Lumpur ketika selepas solat Jumaat. Bagi yang tidak
mengenali lokasi ini, Jalan Pasar cukup sinonim bagi warga Kuala Lumpur sebagai
‘syurga’ untuk barangan elektronik. Boleh dikatakan hampir jumlah besar kedai
yang berada di sini kesemuanya menjual peralatan elektronik. Kebiasaannya, saya
akan ke sini untuk mencari peralatan audio visual.
Selain daripada menjual peralatan elektronik, Jalan Pasar
juga turut sinonim dengan jualan barangan kering yang dijual di kaki lima kedai
lokasi ini. Ada yang menjual beg, pakaian, ubat-ubatan, dan pelbagai barangan
menarik yang untuk dilihat. Cuma pada kali ini, saya tertarik dengan jualan
aksesori telefon yang menjual storan USB yang kita sedia kenali sebagai
‘pendrive’ dijual dengan harga yang sangat murah. Ekspresi pertama saya sudah
tentu inipendrive tiruan. Tidak mungkin pendrive 128GB
boleh didapati dengan harga RM9!
Sebelum ini, saya perasan kehadiran storan tiruan mula
dijual secara meluas di beberapa lokasi utama sekitar Kuala Lumpur terutamanya
pada tahun ini. Sekiranya anda berkunjung ke Bazaar Masjid India, anda pasti
akan perasan kehadiran peniaga yang menjual pendrive dengan
harga murah terutamanya di hadapan Masjid India itu sendiri. Selain Masjid
India, lokasi popular lain yang turut menjadi sindiket jualan storan seperti
ini boleh didapati di Pasar Karat Kuala Lumpur,
Petaling Street, dan sudah tentu, Jalan Pasar yang saya nyatakan di atas
sebelum ini.
Yang menariknya, barangan sebegini dijual secara meluas dan
terbuka kerana rupanya lebih kurang sama dengan storan USB original. Sekiranya
pembeli inginkan bukti bahawa pendrivetersebut betul-betul
mempunyai storan 128GB di dalamnya, si peniaga pasti boleh menunjukkannya.
Storan USB tiruan ini sekiranya ia dipalam pada komputer, ia
akan menunjukkan storan bebas yang sama seperti original. Daripada pandangan
kasar, ia seolah-olah tiada beza dengan storan original malah ia jauh lebih
murah daripada kebiasaannya.
Jadi, Apa Sebenarnya Storan Tiruan Ini?
Storan tiruan merujuk kepada storan kapasiti rendah yang
telah digodam, jadi ia boleh menunjukkan jumlah storan yang lebih besar
daripada yang sepatutnya hadir di dalam storan USB tersebut.
Storan seperti ini akan mengatakan ia mempunyai kapasiti
yang telah diperbesarkan pada sistem operasi, yang mana ia akan memberitahu
jumlah storan yang salah sekiranya kita melihat properties storan
ini. Storan tiruan boleh beroperasi secara normal pada kapasiti rendahnya akan
tetapi sekiranya ia mencapai tahap kapastiti ‘sebenarnya’, file di
dalamnya akan mula corrupt dan turut berpotensi menghilangkan
data secara besar-besaran.
Sebagai contoh, saya ambil storan USB yang dikatakan
dalamnya ada 512GB. Tapi disebabkan ia telah digodam, storan ini hanya
mempunyai kapasiti ‘sebenar’ yang sebesar 16GB sahaja di dalamnya dan bukan
bersaiz 512GB seperti dinyatakan dalam properties pada
komputer.
Secara kasar, storan tiruan juga mempunyai ‘real memory’ di
dalamnya cuma ia tidak menunjukkan hasil storan sebenar sebaliknya menunjukkan
storan palsu yang diperbesar hasil daripada proses godaman.
Apa yang turut membimbangkan, storan microSD turut sama
menjadi mangsa tiruan ini.
Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Storan Original atau
Tiruan?
Perkara paling mudah yang anda boleh bezakan
jenis storan ini adalah dari segi harga dan saiz kapasitinya. Harga storan
USB yang murahnya dalam sekitar 10%, 20%, dan 40% lebih murah daripada
harga asal masih boleh dikatakan original tapi sekiranya ia menjangkau harga
60%, 70% malah sehingga 90% lebih murah daripada harga sebenar, anda perlu mula
berhati-berhati.
Sebagai contoh, harga pasaran storan USB bagi kapasiti 128GB
adalah sekitar RM265. Di kedai lain, saya menjumpai harga yang lebih murah
daripada kedai tersebut yang menjualnya dengan harga RM210 sahaja. Kedua-dua
ini masih lagi boleh dikatakan harga pendriveoriginal kerana ia
masih lagi agak mahal. Tapi sekiranya anda menjumpai pendrive 128GB
pada harga serendah RM9, RM15, RM30, inilah yang dikatakan storan palsu.
Perkara lain yang anda boleh lihat adalah dengan mengenal
pasti ketelusan packaging storan ini. Selalunya packaging storan
tiruan hadir dengan tulisan dan font yang cetakannya agak
buruk dan tidak sekemas packagingoriginal. Cara ini mungkin agak
sukar bagi pengguna biasa kerana bila dilihat, ia kelihatan lebih kurang sama.
Saya sarankan sekiranya anda membeli storan original, telitikan cara packagingstoran
tersebut. Biasakan diri untuk membaca hasil kekemasan packaging original
dan anda akan mula merasa perbezaan apabila memegang packaging storan
tiruan.
Tipu Helah dan Simptom Storan Tiruan
Apabila anda melihat properties storan
tiruan ini, sistem operasi seperti Windows, OS X dan termasuk Linux sendiri
akan menunjukkan jumlah kapasiti seperti yang dinyatakan pada kotak pembelian.
Melalui pemerhatian ini, ia seolah-olah menunjukkan storan yang betul dan
sebenarnya inilah merupakan kapasiti yang telah digodam dan bukan jumlah
kapasiti yang sebenar pada storan tersebut.
Tipu helah kedua, storan USB ini boleh digunakan sama
seperti storan original. Anda boleh gunakan untuk membuat proses copy dan paste
file ke dalamnya asalkan tidak mencapai storan ‘sebenarnya’.
Seperti yang saya katakan sebelum ini, storan tiruan akan
menunjukkan simptom apabila data yang dimasukkan melebihi jumlah ‘sebenar’
daripada apa yang dinyatakan.
Selepas ia mencapai tahap tersebut, data baru yang
dimasukkan akan hilang secara sendirinya. Folder mungkin ada yang tidak
terkesan langsung akan tetapi data di dalamnya akan mula corrupt (selalunya
dalam 0 byte) apabila ia dibaca semula. Perkara ini mudah dikenal pasti
sekiranya anda cuba untuk membuka file di dalamnya, anda akan dapati gambar,
video, dan dokumen anda rosak dan hilang tanpa diduga.
Simptom lain yang boleh didapati apabila storan jenis ini
mula membuat proses overwritingsecara sendirinya yang mana anda
akan dapati root folder pada storan ini menjadi blank secara
tiba-tiba. Ada juga simptom yang mana storan ini menjadi write
protected apabila mencapai had storan sebenar dan ada juga simptom
yang mana ia tidak akan menunjukkan sebarangerror sehinggalah storan
ini dikeluarkan dan dimasukkan kembali ke dalam komputer.
Bagaimana Untuk Menguji Storan Ini?
Salah satu cara anda boleh menguji storan tiruan ini adalah
dengan meletakkan banyak data di dalamnya. Saya sarankan anda untuk meletakkan
data sekurang-kurangnya 25% daripada kapasiti yang dinyatakan pada storan
tersebut. Storan tiruan akan mula menunjukkan tidak ketulenannya apabila lebih
25% kapasiti digunakan daripada kapasiti storan asal.
Setelah anda meletakkan data lebih daripada yang dinyatakan
di atas, keluarkan storan tersebut dan masukkan kembali ke dalam komputer.
Sekiranya ada file yang mula corrupt atau
salah satu filedi dalamnya secara tiba-tiba mempunyai salinan file
yang sama secara banyak, bermakna storan tersebut adalah dikatakan storan
tiruan.
Cara lain yang anda boleh gunakan adalah dengan menggunakan
perisian h2testw yang membolehkan anda melihat jumlah storan sebenar pada
storan yang disyaki tiruan. Cuma melalui cara ini ia mengambil masa yang agak
lama kerana ia akan menjalankan proses kemasukan dan bacaan data yang sebenar.
Storan generic selalunya mempunyai writing speed sehingga
3 hingga 12MB per saat dan ini mungkin memakan masa kira-kira 10 hingga 40GB
per jam.
Menggunakan perisian h2testw juga mudah yang mana ia hadir
dengan antara muka yang ringkas dan straight-forward untuk
pengguna. Anda hanya perlu memilih ‘target’ iaitu storan yang ingin diuji
kemudian jalankan proses ‘write and verify data’. Sekiranya ia menunjukkan data loss yang
banyak lebih daripada apa yang dinyatakan, storan tersebut disahkan mempunyai
storan palsu di dalamnya.
Muat turun: Perisian
h2testw
Inilah sebab mengapa sindiket jualan storan tiruan sukar
dibasmi kerana ia sukar dikenalpasti pada permulaannya dan memerlukan satu
proses yang ‘proper’ seperti di atas yang mengambil masa yang agak lama.
Konklusi
Sekiranya anda terbeli storan seperti ini, anda masih boleh
gunakannya seperti biasa cuma ada beberapa langkah perlu diambil. Saya sarankan
anda jalankan ujian melalui perisian di atas dan kenal pasti storan sebenarnya.
Sekiranya ia menunjukkan storan sebenar sebanyak 128MB, jangan masukkan data di
dalamnya lebih daripada kapasiti tersebut. Jika tidak, file anda
akan mula rosak dan sudah pasti ia mengundang bahaya pada data penting anda.
Semoga Bermanfaat :)
No comments:
Post a Comment